fbpx

Rugi RM900,000 angkara Inspektor Koo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Seorang penggaya rambut rugi apabila wang simpanannya berjumlah hampir sejuta ringgit lesap selepas diperdaya Inspektor Koo yang mendakwa akaun banknya telah digunakan oleh individu tidak dikenali bagi tujuan penggubahan wang haram.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata ia selepas wanita warga emas berusia lewat 60-an dari Sibu itu menerima panggilan dari suspek, yang mengatakan diri dari IPK Perak pada 17 Oktober lalu.

Beliau berkata, mangsa diarahkan untuk membuka satu akaun bank yang baharu dan memindahkan kesemua wang yang dimilikinya ke dalam akaun tersebut untuk dipantau oleh pihak Bank Negara Malaysia.

“Mangsa yang mengikut arahan suspek telah membuka satu akaun bank di sebuah institusi kewangan tempatan dengan bayaran wang deposit RM2,000 dan kemudian memindahkan wang sebanyak RM900,000 dengan empat kali transaksi dari akaun bank peribadinya yang lain ke akaun bank baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa tampil membuat laporan polis kelmarin, sebaik menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada anaknya dan hasil semakan mendapati wang dari dalam akaun bank miliknya telah dipindahkan ke tujuh akaun bank pihak ketiga dengan 55 kali transaksi pindahan bermula pertengahan Oktober hingga awal November lalu, berjumlah kira-kira RM900,000.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI