fbpx

Kembar tidak sempat potong kek hari lahir, sertai badan uniform

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zulhelmi (kanan) dan Shahrom menunjukkan gambar arwah serta kek hari lahir itu di Kampung Bukit Kuching Tengah, Kuala Selangor, hari ini. -FOTO: ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Pasangan kembar lelaki yang maut kemalangan di Jalan Rizab Derahman di sini semalam, tidak sempat memotong kek hari lahir dua tingkat mereka dan meraikan sambutan itu bersama keluarga.

Lebih memilukan, impian Allahyarham Muhammad Arif Mohd. Ashar dan Muhammad Hafis yang berusia 18 tahun itu untuk menjadi anggota polis dan tentera tidak kesampaian.

Abang mangsa, Muhammad Zulhelmi, 23, berkata kedua-dua arwah meminta ibu mereka, Siti Salmah Mat Jasmin, 48, membelikan kek hari jadi dua tingkat, petang kelmarin.

“Kek itu dipesan bagi meraikan sambutan hari lahir mereka pada 5 Oktober lalu bersama seorang lagi abang kami.

“Namun, kedua-dua arwah tidak sempat memotong dan memakannya kerana sibuk bekerja sehingga lewat malam,” katanya sebak ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Bukit Kuching Tengah di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan pasangan kembar itu maut selepas motosikal Yamaha Y16 mereka terlibat kemalangan dengan sebuah van semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu berlaku ketika dua operator sebuah syarikat kurier sedang menuju ke tempat kerja mereka di Puncak Alam. -KOSMO!ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI