fbpx

KP agensi keselamatan disiasat kes gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaily.-Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung laporan seorang wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual kepada ketua pengarah sebuah agensi keselamatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi berkata, laporan berkenaan diterima pihaknya sejak 14 November lalu.

Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual), Seksyen 507A Kanun Keseksaan (kesalahan menghendap), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (menggunakan perkataan kurang sopan).

Sebelum ini, salinan laporan polis dari Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada 14 November itu telah tular di media sosial hari ini.

Penasihat kewangan, 39, mendakwa ketua pengarah bergelar ‘Datuk’ itu mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya selepas pertemuan kali pertama mereka pada November tahun lalu bagi menawarkan peluang pelaburan.

Menurut mangsa, ketua pengarah terbabit pernah beberapa kali mengajaknya untuk berjumpa di hotel dan pusat karaoke.

Ketua pengarah itu bertindak menghantar kira-kira 10 video serta gambar lucah melalui mesej di telefon bimbit sejak Ogos lalu sehingga menyebabkan mangsa tertekan, trauma dan mengalami kemurungan dengan kejadian itu.

Difahamkan, wanita itu juga diugut agar tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI