fbpx

Smart #1 bermula RM189,000, 10 warna pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL (tengah) pada majlis pelancaran Smart #1 hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengedar eksklusif kenderaan elektrik (EV) Smart #1 di Malaysia dan Thailand, Pro-net, telah mengukuhkan sokongan terhadap pelan hala tuju EV Proton dengan memberikan pandangan yang bernilai dan mewujudkan ekosistem bersepadu dengan lancar.

Smart #1 dilancarkan petang tadi pada harga bermula RM189,000, dengan menawarkan tiga varian dan 10 kombinasi warna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pro-net, Zhang Qiang, pihaknya komited untuk membentuk semula landskap mobiliti serba-elektrik premium di negara ini.

Katanya, dedikasi Pro-net ialah untuk membentuk semula keyakinan pengguna melalui perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa, termasuk ketersediaan alat ganti, peta pengecasan awam bersepadu dan ekosistem digital yang lancar.

“Kami percaya bahawa kunci kejayaan adalah dengan mengutamakan keperluan dan keinginan pelanggan di atas setiap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

“Hari ini, kami meraikan peminat smart dan tidak sabar untuk mengembangkan kehadiran Smart #1 di jalan raya Malaysia dan memberikan pengalaman mobiliti bandar serba elektrik yang tersendiri, premium dan pintar.

“Dengan visi kami yang bercita-cita tinggi, kami berhasrat untuk merevolusikan industri EV automotif,” katanya ketika pelancaran Smart #1 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI