fbpx

Tiada rezeki tetapi memang sedih, kecewa – Noryn Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASRAT Noryn Aziz melangkah ke final GV10 tidak kesampaian apabila kecundang pada konsert minggu kesembilan malam tadi.

SHAH ALAM – Terkandas sebelum suku akhir, penyanyi Noryn Aziz tidak mampu menyembunyi rasa kecewa apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (GV10) di sini, semalam.

Meskipun kecewa, Noryn atau nama penuhnya Norazmahwati Abdul Aziz, 46, tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan sentiasa percaya dengan takdir Tuhan.

“Saya terima keputusan ini tetapi pastinya memang ada rasa sedih dan kecewa sebab percaya semua peserta yang mempunyai impian untuk melangkah ke final begitu juga saya.

“Pertama saya percaya Allah yang menentukan sebegini dan pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Saya percaya ini bukan pengakhiran tetapi permulaan baharu,” katanya kepada HibGlam semalam.

Bekas juara GV musim kelima itu tetap bersyukur kerana dapat menimba pelbagai ilmu sepanjang sembilan minggu berada dalam GV10.

“Pada akhirnya saya dapat macam-macam ilmu sepanjang berada di sini.

“Saya syukur sebab GV5 berjaya jadi platform untuk comeback dan penyertaan kali ini lebih kepada menyempurnakan tugas sebagai bekas juara.

“Sejujurnya, tahap stres GV10 memang berbeza malah saya juga tidak begitu sihat minggu ini tetapi itu bukan alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik.

“Saya tetap anggap tiada rezeki tetapi memang agak sedih sebab kalau boleh nak melangkah lebih jauh,” ujarnya.

Semalam, Noryn diumumkan sebagai peserta tercorot dengan kutipan markah sebanyak 55.25 peratus sekaligus tersingkir pada minggu kesembilan GV10.

Sebelum Noryn, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani dan Ezad Lazim merupakan peserta yang sudah meninggalkan GV10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI