fbpx

KPKT peruntuk RM57.69 juta perkasa fasiliti bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (dua dari kiri) dan Akmal (kiri) ketika perasmian Pangkalan Udara Wilayah Utara dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Bahagian Udara JBPM di Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM57.695 juta di bawah Rolling Plan 4 (RP4) menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi memperkasakan pembangunan fasiliti dan prasarana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, daripada jumlah terbabit, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi projek sambungan pembinaan Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Subang melibatkan bangunan pentadbiran, hangar, sektor logistik, bengkel kejuruteraan, heliport, stesen bahan api pesawat dan kemudahan-kemudahan lain.

Katanya, sebanyak RM1.2 juta bakal digunakan bagi projek sambungan perolehan peralatan khas menyelamat helikopter membabitkan 10 unit payung terjun dan satu set ‘Underslung Tactical Rescue Platform’ manakala RM46.495 juta diperuntukkan bagi projek fizikal penyelenggaraan helikopter dan dan ‘aircraft refueller’.

“Selain itu, kita juga kini dalam usaha membuat permohonan bagi perolehan empat unit helikopter baharu masing-masing dua unit bagi pelaksanaan penerbangan Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan 2 unit untuk penggantian bagi kegunaan JBPM.

“Walau bagaimanapun, kementerian dan JBPM masih dalam proses melaksanakan kajian analisis kos dan manfaat selaras dengan ulasan yang diberikan oleh Kementerian Ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pangkalan Udara Wilayah Utara dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Bahagian Udara JBPM di Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, Pangkalan Udara Bertam yang kini dikenali sebagai Pangkalan Udara Wilayah Utara telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya di atas tapak berkeluasan 16.18 hektar yang menelan kos RM30.5 juta.

“Pangkalan yang siap dibina pada tahun 2009 ini dilengkapi bangunan hangar yang terdiri daripada ruang pentadbiran dan operasi penerbangan, ruang kemudahan operasi unit udara, hangar pesawat, ruang pengurusan kujuruteraan pesawat, ruang pengurusan Pasukan Multiskills (MUST), JBPM dan kemudahan-kemudahan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI