fbpx

Konflik Palestin-Israel: Korban penduduk Gaza meningkat 12,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paramedik Mesir memindahkan seorang kanak-kanak Palestin melintasi sempadan Rafah semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Pihak berkuasa di Semenanjung Gaza mengumumkan bahawa seramai 12,000 orang terkorban sejak serangan besar-besaran Israel pada 7 Oktober lalu dengan 5,000 daripada mereka ialah kanak-kanak.

Portal berita Al Mayadeen melaporkan, Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza berkata, jumlah orang hilang di wilayah Palestin itu meningkat kepada lebih 3,750 termasuk 1,800 kanak-kanak.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anggaran angka kecederaan dan kematian sejak empat hari lalu gagal dilaporkan disebabkan gangguan komunikasi disebabkan serangan berterusan Rejim Zionis.

Tambah WHO, sektor kesihatan di Gaza ‘hampir musnah’ dengan 65 peratus penjagaan primer tidak berfungsi dan 70 peratus hospital tidak dapat beroperasi.

Serangan darat berhampiran kawasan hospital di Gaza diburukkan lagi dengan kekurangan bahan api yang menjejaskan pergerakan pasukan penyelamat dan ambulans.

Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Israel mesti membenarkan bekalan air bersih dan bahan api dibawa masuk ke Gaza untuk mengaktifkan rangkaian bekalan air dan mencegah krisis kemanusiaan.

Utusan khas PBB mengenai hak asasi manusia berkenaan air minuman dan sanitasi, Pedro Arrojo-Agudo, menekankan bahawa tindakan menghalang penghantaran bekalan air bersih melanggar undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI