fbpx

UniMAP angkat seni budaya Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penari Pusat Kebudayaan UniMAP mengadakan persembahan kebudayaan pada majlis taklimat waris di Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra di Arau baru-baru ini.

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisia­tif menjalankan penyelidikan menge­nai seni budaya negeri Perlis dalam usaha memelihara dan mengangkat seni budayanya dalam kalangan pelajar.

Pengarah Pusat Kebudayaan UniMAP, Dr. Mahyun Ab. Wahab berkata, usaha penyelidikan itu adalah suatu langkah penting yang dapat memberi sumbangan bernilai kepada pemahaman tentang sejarah, tradisi dan perkembangan seni di negeri ini.

“Dengan memfokuskan usaha penyelidikan kepada aspek-aspek seperti seni tradisional, kraf tempatan dan persembahan seni unik dapat menghasilkan penge­tahuan mendalam yang boleh dikongsi kepada generasi masa depan khususnya pelajar.

“Penyelidikan yang sedang dijalankan adalah mengenai seni penceritaan muzikal tradisional Awang Batil dan kajian ini melibatkan kakitangan Pusat Kebudayaan UniMAP dan juga pensyarah dari Fakulti Perniagaan dan Komunikasi,” katanya semalam.

Kata beliau, pihaknya turut bekerjasama erat dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri bagi mendapatkan akses kepada sumber daya serta kepakaran yang diperlukan untuk menjayakan usaha itu.

“Bagi menarik minat para pelajar terhadap seni budaya, pelbagai program dan bengkel dijalankan oleh pihaknya khusus para pelajar UniMAP,” ujarnya.

Tambahnya, usaha untuk menggalakkan seni budaya di kalangan pelajar bukan sahaja terletak kepada penyediaan platform untuk pementasan dan persembahan seni, malah dalam memberikan sokongan kepada bakat-bakat seni terpendam.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI