fbpx

Rumah mewah Ronaldo ganggu jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO mungkin hanya akan kembali ke Portugal dan mendiami rumah mewahnya selepas kontraknya di Al-Nassr berakhir pada 2025. - AFP

LONDON – Bintang bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo masih meneruskan misinya untuk menyiapkan sebuah rumah besar dan mewah di negara kelahirannya, Portugal dan boleh dianggap kediaman paling mahal di negara itu yang dijangka siap pada tahun hadapan.

Lokasi kediaman tersebut adalah terletak di Cascais iaitu sebuah kawasan persendirian yang mengambil masa kira-kira 20 minit dari Lisbon dan kos pembinaannya dianggarkan menelan belanja sehingga AS$22 juta (RM103.15 juta) dan proses pembinaannya sudah berjalan sejak tiga tahun lalu.

Pelan keselurahan kediaman tersebut dikatakan diilhamkan oleh Ronaldo dan keluarganya sendiri melibatkan empat tingkat bangunan yang mengandungi empat suites mewah yang dikelilingi sebahagian besar dinding daripada kaca yang menghadap lanskap ala Portugis yang sangat cantik.

LAKARAN kediaman mewah Ronaldo yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Lisbon. – AGENSI

Selain itu, kediaman tersebut turut memiliki beberapa bahagian lain seperti pawagam, gimnasium dan dua buah garaj yang bakal menempatkan lebih 20 buah kenderaan mewah penggempur sensasi kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

BUGATI Centodieci yang dianggarkan bernilai sekitar RM45 juta bakal menjadi koleksi kereta mewah terbaharu Ronaldo. – AGENSI

 

Bagaimanapun, apa yang kurang enak di dengar adalah aduan yang dibuat oleh bakal jiran pemain berkenaan yang mengeluh mengenai pembinaan kediaman tersebut menggangu kehidupan seharian mereka apabila projek tersebut dikatakan mengambil masa yang terlalu lama.

“Kami sudah berdepan proses pembinaan itu sejak tiga tahun lalu. Rumah itu sangat besar dan lihatnya seperti sebuah hospital. Laluan ke rumah saya terpaksa disekat kerana pembinaan rumah tersebut, halaman rumah saya dipenuhi debu dan semua itu kerana piramid yang sedang dibina oleh ‘Firaun’ Ronaldo,” kata salah seorang jiran.

KEDIAMAN mewah tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun hadapan. – AGENSI

Pembinaan rumah mewah berkenaan dijangka selesai pada Jun 2024, namun Ronaldo dilaporkan tidak akan mendiami kediaman tersebut sehingga kontraknya bersama Al-Nassr berakhir pada Jun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI