fbpx

Datuk ‘scam’ RM1 bilion didakwa perdaya agensi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Meiklejohn (kiri), dan Shah Abdul Malek pada sidang akhbar sindiket pelaburan scam, di Hotel Royal Chulan The Curve, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA – Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa menipu beberapa agensi kerajaan berhubung kesalahan berkaitan pelaburan palsu yang mengakibatkan kerugian mencecah RM1 bilion.

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek mendakwa, lelaki berkenaan melanggar Akta Syarikat apabila menubuhkan syarikat dengan objektif perniagaan palsu, membuat pengisytiharan tahunan palsu dan membuat laporan audit palsu.

Katanya, lelaki berkenaan bertindak menutup syarikat selepas penipuan selesai supaya salah lakunya tidak dapat dikesan.

“Syarikat itu akan digunakan untuk memindah sebahagian wang pelaburan. Beberapa keping salinan cek serta salinan penyata bank syarikat ada dikeluarkan dan boleh dijadikan bukti terdapat aliran wang keluar masuk syarikat itu.

“Namun, dia melaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bahawa tiada sebarang pendapatan, perbelanjaan dan apa-apa aset bagi syarikat tersebut sebelum memohon kepada SSM untuk menutup syarikat secara sukarela,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, ahli perniagaan dari United Kingdom, Lee Roger Meiklejohn, yang juga mangsa penipuan lelaki terbabit serta peguam, Ily Nadiah Mohd Yusof.

Dalam pada itu, Shah turut mendakwa lelaki berkenaan telah membuat pengisytiharan keuntungan palsu dan tidak mengisytiharkan hartanya.

“Datuk itu juga telah melakukan penipuan dalam kenyataannya kepada pihak polis apabila disiasat.

“Banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya tetapi tiada tindakan atau dakwaan pernah dikenakan. Saya percaya dia telah memutar belit atau memberi kenyataan palsu untuk melepaskan diri,” ujarnya.

Shah berkata, sehingga kini kira-kira lapan individu lagi telah tampil mendakwa menjadi mangsa pelaburan sama.

“Jumlah kerugian membabitkan semua mangsa yang tampil mencecah jutaan ringgit. Mangsa juga terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan ahli perniagaan.

“Mereka belum membuat laporan polis, kami sudah minta mereka kumpulkan semua dokumen berkaitan sebelum laporan polis dibuat,” katanya.

Susulan itu juga, Shah menyeru agar mangsa penipuan Datuk berkenaan tampil ke hadapan bagi membawa lelaki terbabit ke muka pengadilan.

“Orang ramai yang menjadi mangsa boleh hubungi talian 014-2214433,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI