fbpx

Pemandu bas wanita difitnah bercumbuan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok yang dimuat naik di akaun Iera Saila.

PETALING JAYA – Pemandu bas wanita yang difitnah melakukan aksi tidak senonoh dalam pengangkutan awam itu dikatakan sudah membuat laporan polis, semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakannya menerusi akaun TikTok Iera Saila.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, laporan polis itu dibuat kerana video tular berkenaan memburukkan nama, rakan sekerja serta syarikat bas.

Laporan itu juga dibuat terhadap wanita yang memfitnah pemandu bas itu menggunakan penama akaun Iffahdaniahaa dan pengguna aplikasi X dikenali sebagai nan manjoi8715.

Berdasarkan laporan yang dibuat, pemandu wanita itu menjelaskan pada hari kejadian bas lewat tiba di Larkin Sentral, Johor disebabkan kesesakan di lebuh raya sempena Deepavali.

Dalam hantaran lain, Iera Saila turut memaklumkan perakam video berkenaan sudah meminta maaf secara peribadi, namun laporan polis tetap diteruskan untuk membersihkan nama baik kawannya.

“Sebanyak 2.8 juta tontonan. Belum termasuk di portal-portal yang tidak bertanggungjawab. Minta maaf juga kepada perakam. Kita terpaksa jalankan tindakan ini.

“Cuma budi bicara untuk awak mungkin akan dipertimbangkan sebab sudah mengaku kesalahan. Harap yang lain boleh berhenti mengecam si perakam.

“Dan kepada si nan manjoi8715 si pencuri video orang lain dan menyebarkan tanpa usul periksa awak tunggu jap. Laporan polis untuk awak pun dah siap. Kita tunggu tindakan selanjutnya,” tulisnya dalam video berkenaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita tampil membuat pengakuan bahawa video memaparkan aksi tidak senonoh pemandu bas dan seorang kakitangan adalah fitnah semata-mata.

Menerusi ciapan di akaun X @anisjey, wanita itu berkata, dia dan suaminya merupakan saksi kejadian kerana tempat duduk mereka di belakang pemandu bas itu.

Perakam video berkenaan yang dikenali sebagai Iffah Danishaa juga membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merakam dan menyiarkan imej kedua-dua pemandu bas itu tanpa kebenaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI