fbpx

Buntu ibu mentua, kakak ipar ‘busybody’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita menemui jalan buntu apabila rumah tangganya menerima campur tangan daripada ibu mentua dan kakak iparnya.

Menurut perkongsian wanita berkenaan di Facebook Tanya Peguam, segalanya bermula apabila dia mempunyai salah faham dengan ibu mentuanya pada tahun lalu.

“Saya dan suami sudah berkahwin selama dua tahun tiga bulan. Kali ini perkahwinan kami diduga oleh campur tangan mak mentua dan kakak kepada suami.

“Mereka rasakan layanan saya kepada suami tidak cukup baik, tetapi sebenarnya saya ada buat silap dengan mak mentua tahun lepas dan didendam sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, ibu mentuanya meminta supaya mereka membawa haluan masing-masing atau bercerai.

“Mereka berjumpa keluarga saya, tetapi keluarga saya berpendapat bahawa perkahwinan kami sepatutnya kami yang membuat keputusan.

“Mak mentua kata saya terlalu pentingkan duniawi, sedangkan saya solat cukup lima waktu. Kebajikan suami juga saya jaga, malah suami tidak pernah mengeluh,” jelasnya.

Katanya, dia juga sentiasa meminta izin suami untuk ke mana-mana termasuk bersukan bagaimanapun kakak iparnya tidak selesa dengan kebebasan tersebut.

“Nak ditulis panjang lagi, tapi ini singkatan sahaja.

“Saya nak bertanya, bolehkah mak mentua menyuruh kami untuk bercerai kalau tiada masalah antara pasangan? Mak mentua saya disifatkan sebagai orang yang mengikut Islam dan adat Melayu. Sepatutnya kalau Allah benci dengan penceraian dia tidak akan semudah ini mencadangkan, lagi-lagi dia sendiri pun bercerai,” tambahnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menasihati wanita itu agar tidak menghiraukan pendapat ibu mentua serta kakak ipar wanita berkenaan dan kekal mempertahankan rumah tangga.

“Abaikan mak mentua, layan suami sebaik mungkin. Jodoh Allah yang tentukan,” kata Bee Joe.

“Keluarga tiada hak untuk meminta pasangan bercerai walaupun anak sendiri, mereka tiada sebab untuk mulakan kausa tindakan di mahkamah. Malah jika keluarga didapati mengganggu dan memaksa untuk bercerai, suami atau isteri boleh ambil tindakan undang-undang,” kongsi Muhd Asyraf.

“Minta suami selesaikan. Mak dan kakak dia kan,” cadang Azhar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI