fbpx

40 tahun tinggal atas tanah kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMILAH menunjukkan rumahnya yang dibina di atas tanah rizab kubur Cina di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas, Pontian semalam.

PONTIAN – Seorang ibu tunggal bimbang dengan masa depan keluarganya kerana masih tinggal di atas tanah rizab kubur Cina di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas, di sini sejak 40 tahun lalu kerana tiada tempat tinggal lain.

Jamilah A. Majid, 68, berkata, sebelum ini tanah seluas 0.4 hektar itu menempatkan lebih 30 kubur ketika zaman penjajahan tentera Jepun, namun kini sudah tidak lagi digunakan.

Katanya, bapanya, A. Majid Mareng yang telah meninggal dunia 30 tahun lalu mendirikan rumah di atas tanah rizab itu dengan persetujuan pihak pe­ngurusan tanah berkenaan.

“Sehingga kini saya mewarisi rumah pusaka tersebut dan tinggal bersama lapan ahli keluarga termasuk seorang cucu lelaki dan seorang anak lelaki orang kelainan upaya (OKU).

“Sekarang ini kami takut jika tidak dibenarkan lagi menduduki tanah rizab kubur,” katanya ketika ditemui di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas, di sini semalam.

Menurutnya, kubur-kubur di situ masih dikunjungi waris terutama pada musim pera­yaan se­perti Tahun Baru Cina.

“Ada yang datang dari Johor Bahru, Singapura dan Kuala Lumpur,” ujarnya

Justeru, dia sekeluarga berharap suatu hari nanti dapat tinggal di tempat lain di atas ta­nah sendiri dengan bantuan pihak lain.

“Nak beli tanah jauh sekali daripada kemampuan yang ada, sekarang ini bergantung kepada tiga anak yang bekerja kilang bagi menampung perbelanjaan harian.

“Seorang anak lelaki saya menjadi OKU selepas kaki kanan dipotong akibat kemalangan jalan raya pada 2021. Sebelum ini dia yang banyak membantu keluarga,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nurul Suhada Selasa di talian 013-5455 095.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI