fbpx

Masih ramai degil bayar sewa PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan kunci air dikenakan terhadap penyewa culas bayar sewa di PPR Muhibbah dan PPR Batu Muda, semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan Operasi Kunci Air (OKA) terhadap penyewa projek perumahan rakyat (PPR) yang mempunyai tunggakan sewa, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, dua PPR yang dikenakan tindakan adalah PPR Muhibbah dan PPR Batu Muda.

Menurutnya, sudah pelbagai cara dilakukan bagi mengingatkan para penyewa untuk membayar tunggakan sewa yang ada, namun masih ada yang berdegil menyebabkan operasi mengunci air terpaksa dilakukan.

“Notis peringatan sudah dikeluarkan, pertemuan bersemuka juga dibuat bagi berbincang dan melakukan penstrukturan pembayaran, malah DBKL membuka kaunter bergerak bagi memudahkan urusan membayar tunggakan.

“Bagi penyewa yang mahu DBKL membuka semula air yang dikunci, mereka hendaklah menjelaskan tunggakan yang ada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, DBKL memberi peringatan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan dan belum lagi diambil tindakan, masih ada masa menjelaskannya atau berjumpa dengan pihaknya untuk berbincang kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI