fbpx

Lelaki penggal kepala jiran dalam ritual ilmu hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian namun tidak menemui kepala mangsa. - Facebook

BANGKOK – Polis menahan seorang lelaki di wilayah Surat Thani kerana didakwa memenggal kepala jirannya dalam satu ritual korban manusia, lapor laman berita Thaiger semalam.

Mayat tanpa kepala lelaki bernama Sangiam Penrum, 53, ditemui di sebuah rumah di kawasan ladang getah di daerah Kanchanadit.

Pegawai Balai Polis Kanchanadit turut menemui sebilah pisau yang digunakan dalam pembunuhan tersebut berhampiran mayat mangsa. Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengesan keberadaan kepala Sangiam.

Rumah itu dimiliki oleh ibu mertua Sangiam yang tidak berada di lokasi kejadian selama beberapa hari sebelum pembunuhan berlaku kerana dirawat di hospital.

Sangiam telah bercerai dan hanya tinggal bersama ibu mertuanya. Akibatnya, tiada sesiapa yang menyaksikan pembunuhan itu atau sebarang aktiviti mencurigakan.

Bekas isteri Sangiam, Panthip Onprom, 51, memaklumkan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki dengan mangsa.

Polis menyoal sebilangan penduduk di kawasan itu. Beberapa penduduk percaya bahawa pembunuhan Sangiam adalah sebahagian daripada ritual korban manusia. 

Penduduk tempatan menggesa polis untuk menyiasat seorang lelaki bernama Kung yang telah  melakukan penggalian di beberapa kawasan untuk mencari harta karun selepas melakukan ritual aneh.

Polis menahan Kung semalam dan menyoal siasat suspek mengenai kes itu dan kepercayaan karutnya.

Polis juga menyiasat sebuah rumah terbiar di mana Kung melakukan ritualnya tetapi tidak menemui kepala Sangiam. Siasatan kes pembunuhan itu masih diteruskan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI