fbpx

Dewan Rakyat: 90 peratus kes buli selesai dalam tempoh 15 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 90 peratus daripada kes-kes buli di sekolah yang diadukan melalui Portal Aduan Buli berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi kes yang belum selesai adalah kerana ia merupakan kes yang memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari.

“Penyebaran tentang akses untuk murid, ibu bapa atau waris untuk mengadu lebih terbuka hari ini dan kita beri jaminan ini mesti disiasat mengikut Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.

“Bagi kes berlaku di sekolah, mangsa dan pelaku akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Kita ada pasukan guru bimbangan dan kaunseling dalam Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangani isu tersebut.

“Guru terbabit akan beri intervensi bersesuaian yang berkait rapat kebajikan, keselamatan dan kebajikan murid sebagai satu bentuk perlindungan sementara di sekolah bagi melindungi mangsa sewaktu siasatan dijalankan. Semua kes buli mesti dilaporkan kepada pengetua,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PN-Sungai Petani) mengenai usaha KPM mencegah isu kesihatan mental yang berpanjangan kepada mangsa dan ibu bapa kes buli.

Terdahulu, Fadhlina memaklumkan, terdapat lima prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah setiap kali berlaku aduan mengenai kes membuli murid.

Kata beliau, tindakan pertama adalah menghubungi ibu bapa atau penjaga murid yang terlibat dan kedua menghantar serta mengiringi murid yang terlibat ke klinik atau hospital kerajaan.

Menurut beliau, tindakan ketiga adalah memastikan aduan salah laku murid yang diterima direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

“Keempat, memastikan laporan awal dilengkapkan menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011: Pelaksanaan SOP 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid (1 hari aduan, 3 hari siasatan, 7 hari penyelesaian)

“Kelima, mengemukakan laporan awal kepada PPD serta laporan awal kepada JPN dan KPM. Pelaporan kejadian buli boleh dibuat melalui Portal Aduan Buli iaitu melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM, emel di [email protected], talian telefon dan aplikasi WhatsApp,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI