fbpx

CEO PKNS, Affin terima anugerah pada Majlis 100 MIYE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Razly (tengah) dan Chua pada majlis penyampaian anugerah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbada­nan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abbas telah dinobatkan sebagai CEO Of The Year bagi menghargai kepimpinan dan kejayaannya membawa entiti tersebut ke arah kecemerlangan dalam industri hartanah.

Presiden dan CEO Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali pula menerima anugerah Leadership Excellence Award ekoran usaha dan menghargai pencapaian serta kecemerlangan tokoh korporat ini dalam bidang perbankan serta kewangan.

Pengerusi penganjuran majlis 100 MIYE, Datuk KK Chua berkata, ini adalah platform bagi usahawan daripada pelbagai kaum untuk mengiktiraf kejayaan usahawan di negara ini yang telah bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja, memiliki sikap positif serta aktif melakukan aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR).

Menurut beliau, melalui tema pada tahun ini iaitu elevate, ia mampu meningkatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan usahawan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pada majlis penganugerahan edisi kelapan ini, penganjur mahu meletakkan 100 MIYE pada tahap yang lebih tinggi iaitu de­ngan menaik taraf pengetahuan, kemahiran dan corak pemikiran usahawan.

“Secara tidak langsung, ia membuktikan anugerah 100 MIYE bukan hanya satu pengiktirafan kepada usahawan tetapi turut menyediakan jaringan perhubungan bagi membantu membina hubungan yang kukuh,” katanya dalam majlis penyampaian anugerah di sini baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI