fbpx

5,648 lokasi titik panas banjir dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL WAHAB (tengah) menyampaikan sijil kepada penerima sempena majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 yang diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 5,648 lokasi titik panas banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, Sarawak merekodkan jumlah titik panas tertinggi iaitu 1,066 lokasi, diikuti Sabah (798); Pahang (750), Johor (745) dan Kelantan (617).

“Selain itu, kita juga telah kenal pasti kawasan berpotensi terjadinya kepala air melibatkan kawasan air terjun sebanyak 186 lokasi, manakala kawasan cerun kritikal pula adalah sebanyak 254 lokasi,” katanya dalam sidang akhbar majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 yang diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas berhubung persiapan jabatan itu dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula bulan ini hingga Mac 2024, Abdul Wahab memberitahu pihaknya telah membekukan cuti 80 peratus pegawai dan anggota.

“Daripada jumlah seramai 13,435 keanggotaan di seluruh negara, hanya 20 peratus sahaja dibenarkan cuti tetapi ia tertakluk kepada situasi banjir setempat.

“Kita tidak beku terus tetapi kalau kata Johor ini berlaku banjir lebih awal mengikut daerah-daerah tertentu, kita akan bekukan cuti sekiranya diperlukan termasuklah anggota daripada daerah bersebelahan. Kalau perlu satu negeri, satu negeri kita bekukan cuti.

“Jika berlaku banjir besar seperti tahun 2014 lalu, kita akan bekukan cuti anggota dari negeri-negeri lain untuk bantu negeri yang terlibat banjir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI