fbpx

Nora masuk ICU, suami, rakan artis mohon doa ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Datuk Nora Ariffin kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora Ariffin kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Perkara tersebut dikongsikan suaminya, Dr. Rushdi Ramli yang meminta orang ramai mendoakan kesembuhan buat isterinya.

“Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang. Mohan doa ikhlas dari semua,” tulis Rushdi dalam sebuah hantaran media sosial.

Begitupun keluarga pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, itu tidak menyatakan perincian lain berhubung penyakitnya.

Difahamkan Nora dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu disebabkan demam panas.

Perkongsian suami penyanyi Di Persimpangan Dilema itu turut diulang siar rakan seperjuangan, Datuk Aishah yang mengakui terkejut menerima khabar tersebut.

Aishah dalam hantarannya turut meminta pengikut laman Instagram mendoakan kesembuhan segera buat Nora.

“Allahuakbar, adikku Nora. Mari panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” tulis Aishah.

Setakat ini, usaha Kosmo! Online menghubungi anggota keluarga terdekat ibu kepada empat anak masih belum berhasil. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI