fbpx

Lagi kes warga asing beli minyak peket subsidi di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di aplikasi X, tular sejak semalam sehingga mengundang kecaman netizen.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipuji pengguna media sosial kerana berani menegur pekerja di kaunter sebuah pasar raya kerana menjual minyak subsidi kepada warga asing.

Menerusi video dimuat naik oleh @nanmanjoi8715 yang tular di media sosial sejak malam tadi, kelihatan beberapa minyak peket sedang dibungkus di kaunter pembayaran.

Paling mengejutkan, pekerja kaunter tersebut juga kelihatan pelik seakan-akan tidak mengetahui tentang larangan menjual minyak subsidi kepada warga asing.

“Minyak ini untuk orang kita je, tak boleh jual minyak ni pada warga asing. Ni semua subsidi kerajaan. Bos awak mana?

“Orang pendatang asing boleh beli ke minyak subsidi ni? Mana boleh jual! Kita tak boleh jual dekat mereka semua barang subsidi,” kata lelaki itu dalam video berkenaan.

Turut kedengaran di dalam video tersebut, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut mempersoalkan tindakan pekerja pasar raya tersebut.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat lebih 1,000 ulang ciap dan 1,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menggesa agar pihak berwajib bertindak segera bagi mengekang insiden jualan minyak subsidi kepada warga asing terus berlaku tanpa ada kawalan.

“Bagus abang ini ‘sound’ (tegur) dorang. Tapi dorang ni bila kena tegur masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nanti belakang kutuk-kutuk atau simpan stok untuk dorang-dorang je,” komen Faisal Mazlan.

“Sebab ni lah perlunya subsidi bersasar. Orang kita ni ramai yg melenting bila dengar je subsidi bersasar, tapi ramai tak nampak bila buat subsidi pukal macam ni, berapa ramai warga asing yg dapat subsidi ni?,” komen Fitri.

“Tak perlu tunggu penguat kuasa jalankan tugas. Masing-masing daripada kita mainkan peranan tidak kira juruwang, pelanggan atau peniaga kerana subsidi itu hak rakyat Malaysia bersama,” komen Nour pula. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI