fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bapa pilu, anak dikendong meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar keluarga Gaza yang dikongsikan oleh Motaz di aplikasi X

PETALING JAYA – Hancur hati seorang bapa selepas anak yang dikendongnya meninggal dunia dalam pelukan ketika dalam perjalanan melarikan diri ke selatan Gaza.

Menurut sebuah hantaran oleh jurufoto Gaza, Motaz Azaiza di aplikasi X, kanak-kanak tersebut sudah lama sakit dan tidak dapat bertahan dengan perjalanan jauh yang terpaksa ditempuhinya.

“Apa dosa anak ini. Mengapa dia perlu mati sebegini? Dia masih bayi. Apa dosanya?,” kata ayah kepada kanak-kanak tersebut di dalam video yang dikongsikan Motaz.

Tambah Motaz, pada awalnya, dia tidak menyangka kanak-kanak yang dikendong ayahnya itu sudah tidak lagi bernyawa.

“Lihatlah, wajah terdesak keluarga ini. Banyak yang mereka telah korbankan. Pada waktu ini, keluarga tersebut sedang melarikan diri dan berjalan kaki menuju ke selatan Gaza.

“Saya sedang merakam keluarga ini menggunakan telefon bimbit. Saya tidak sedar anak dalam pelukannya sudah meninggal dunia. Saya terkejut, sedih,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut bersedih dan bersimpati dengan nasib keluarga tersebut.

“Dia terpaksa bawa anaknya yang tidak bernyawa kerana tidak ada tempat untuk mengebumikannya. Kasihan ayah ini, hilang segalanya dalam hidup,” kata Homeleec.

“Penderitaan di mata mereka, ya Allah… Hentikanlah sengsara penduduk Palestin,” kata Amira.

“Hancur luluh hati ini. Berapa ramai kanak-kanak bakal menjadi mangsa kekejaman konflik ini?,” kata Katrina.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 7,500 tanda suka dan 117,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI