fbpx

[VIDEO] Jatuh motosikal lepas samun rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian ragut berhampiran pusat beli belah Metropoint, Kajang, semalam.

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian samun rantai emas wanita di hadapan pusat beli belah Metropoint, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.23 pagi.

Katanya, mangsa yang merupakan wanita tempatan telah diragut semasa memasukkan barang ke dalam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tersebut.

“Secara tiba-tiba, wanita berusia 58 tahun itu didatangi seorang lelaki dengan menaiki motosikal Yamaha 135LC dan telah meragut rantai emasnya.

“Bagaimanapun, suspek yang terjatuh akibat cubaan samun itu telah bangun kemudian berjaya melarikan diri dengan rantai emas milik suri rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zaid, cubaan orang awam yang berada di lokasi kejadian menghalang suspek melarikan diri dengan motosikal juga gagal

“Mangsa didapati kerugian seutas rantai emas namun tiada kecederaan serius direkodkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat diminta disalurkan pada mana-mana balai polis berdekatan.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Ahmad Rahmad Adnan di talian 014-5156933 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 47 saat kejadian ragut di mana seorang lelaki telah terjatuh selepas meragut wanita namun berjaya meloloskan diri berhampiran pusat beli belah di Kajang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI