fbpx

TFC II dicabar cipta kejutan di pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIRUDDIN bersalam dengan Echeverria pada sidang akhbar menjelang aksi final Piala MFL antara TFC II dan JDT II di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

PENGENDALI skuad Terengganu FC (TFC II), Hairuddin Omar mencabar anak-anak buahnya untuk mencipta kejutan ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menjelang aksi final Piala MFL di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Kata Hairuddin, kualiti yang ada pada skuad muda Harimau Selatan sememangnya sudah dijangka selain difahamkan beberapa tonggak skuad utama Liga Super JDT turut bakal diturunkan nanti.

“Kita memang dah jangkakan perkara ini, JDT pasti turunkan pasukan terkuat, namun saya memberi penekanan kepada pemain agar kekal tenang sekiranya berhasrat untuk melakar kemenangan.

“Kita tidak perlu terlalu fikirkan tentang keupayaan pasukan lawan meskipun saya difahamkan, beberapa pemain utama mereka daripada skuad Liga Super turut beraksi nanti.

“Barisan pemain saya akan anggap ini sebagai cabaran dan tidak perlu gentar kerana apa sahaja boleh berlaku sepanjang perlawanan,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, bekas penye­rang kebangsaan itu turut resah apabila beberapa tonggak utama pasukan seperti Syahmi Zamri, Ubaidullah Shamsul dan pemain import, Jordan Mintah belum cergas sepenuhnya.

“Mintah ada maklumkan bahawa dia mengalami sedikit kecederaan tetapi tidak serius dan masih perlu dipantau.

“Situasi Syahmi dan Ubaidullah pula sedikit berbeza ke­rana mereka baru sahaja pulang daripada tugasan bersama TFC pada aksi Piala AFC di Filipina kelmarin dan risau belum pulih daripada kecergasan sepenuhnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI