Gambar hiasan.

Cheras, Johan Setia catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak sembilan kawasan di tiga negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), ia membabitkan dua negeri di Semenanjung iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Sarawak.

Di Kuala Lumpur, kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Cheras dengan bacaan 153, manakala bagi Selangor ialah di Johan Setia dengan bacaan IPU 143.

Bagi Sarawak pula, tujuh kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat adalah IPD Serian dengan bacaan 183, Kuching (172), Samarahan (171) dan Sri Aman (164).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat adalah di Sarikei dengan bacaan 153, Mukah (152) dan Bintulu (141).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN