fbpx

Pastikan kediaman dikunci sepanjang balik kampung sambut Deepavali 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin mengingatkan orang ramai memastikan kediaman yang mereka tinggalkan sempena cuti perayaan Deepavali berkunci bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan ditetapkan agar selamat tiba di destinasi yang dituju.

“Kepada mereka yang merancang pulang ke kampung halaman masing masing sempena perayaan ini, pastikan kediaman ditinggalkan dalam keadan berkunci dan selamat serta terkawal.

“Rancanglah perjalanan serta patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan,” katanya melalui perutusan yang dimuat naik di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Deepavali 2023, hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin dan isteri serta seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada segenap masyarakat terutama anggota dan pegawai polis beragama Hindu.

“Di negara ini, kedatangan Pesta Cahaya tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan penuh meriah dan keceriaan.

“Selari dengan semangat Malaysia Madani yang mengutamakan perpaduan antara kaum, kepelbagaian budaya yang terdapat di negara ini perlu dihargai, disuburi serta diwariskan hingga ke anak cucu.

“Semoga kita terus bersatu hati agar generasi akan datang dapat mewarisi sebuah negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI