fbpx

MotoGP: Binder mahu tamatkan penantian di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINDER berjaya menaiki empat podium setakat musim ini, namun masih belum menikmati sebarang kemenangan perlumbaan. - AFP

SEPANG – Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder mengalih fokus untuk kembali memburu kemenangan Grand Prix pertamanya dalam baki tiga perlumbaan musim ini selepas terus kempunan untuk mencipta kemenangan.

Pada musim ini, pelumba Afrika Selatan itu hanya mampu menaiki empat podium iaitu di Jerez, Silverstone, Red Bull Ring dan juga terakhir di Buriram baru-baru ini.

Keputusan positif itu membolehkan Binder berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 249 mata sekali gus mahu memberikan terbaik pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Malaysia esok.

“Perancangan ketika ini adalah meneruskan momentum terakhir kami sewaktu di Thailand dan cuba kekal bersaing dengan kelompok teratas hingga ke pusingan terakhir.

“Pastinya saya mempunyai beberapa kenangan indah di sini (Sepang) dan litar ini adalah salah satu trek kegemaran saya. Ia akan menjadi menarik bagi saya kerana pada sesi ujian lalu kami mempunyai banyak isu.

“Kini kami turun dengan jentera yang berbeza sekarang, ia akan menjadi menarik untuk melihat sejauh mana perubahan yang telah kami lakukan.

“Antara yang saya nantikan ialah dapat menunggang di atas litar ini dengan selesa. Fokus saya ketika ini adalah untuk mendapatkan kemenangan untuk pasukan saya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI