BEIJING – Seorang lelaki di China kelihatan 20 tahun lebih muda selepas menurunkan berat badan sebanyak 50 kilogram dalam masa kurang dua tahun dengan mengurangkan gula dalam diet.
Portal berita South China Morning Post melaporkan bahawa Ming, 36, mempunyai berat badan 120 kilogram dan tinggi 184 sentimeter pada 2021. Selepas dua tahun diet, beratnya kini 70.5 kilogram.
Ming mula menyedari dia perlu mengubah gaya hidupnya selepas berasa tidak sihat, pening, kebas di muka dan sakit di bahagian hati.
Dia kemudian disahkan menghidap hati berlemak dan mempunyai lebih 20 keputusan tidak normal apabila menemui doktor untuk pemeriksaan.
Ming kemudian memutuskan untuk membuang semua makanan tinggi gula di dapurnya dua sejak kejadian itu.
Dia berhenti makan pencuci mulut dan teh susu kegemarannya sambil memeriksa bahan-bahan sebelum makan makanan yang diproses.
Selain itu, Ming mengehadkan pengambilan gula kepada kurang 10 peratus daripada diet hariannya.
Ming berkata dia bersenam tetapi tidak melakukan rutin luar biasa, kadang-kadang pergi berjalan-jalan jarak jauh dan menghadiri kelas latihan. – AGENSI














