fbpx

Deepavali: 2.3 juta sehari guna lebuh raya – LLM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Lembaga Lebuh Raya (LLM) menjangkakan sebanyak 2.3 juta kenderaan sehari di Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Lumpur-Karak, Pantai Timur Fasa 1 dan Pantai Timur Fasa 2 sempena cuti Deepavali.

LLM dalam satu kenyataan berkata, kesemua Syarikat Konsesi Lebuh Raya diarahkan untuk melakukan persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuh raya adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, LLM juga menyambut baik pengumuman kerajaan melaksanakan inisiatif tol percuma bermula pukul 12.01 pagi hari ini hingga 11.59 malam esok.

“Kita telah mengarahkan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya agar menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya sejak semalam hingga Selasa ini.

“Seterusnya, memastikan pengoperasian lebuh raya serta kemudahan dalam keadaan terbaik, sistem kutipan tol berfungsi, menyediakan petugas – petugas tambahan, kemudahan tempat letak kereta dan tandas mudah alih di Kawasan rehat dan rawat (R&R) bersama petugas kebersihan.

“Sehubungan itu, kita juga mengaktifkan laluan ‘smart lane’ di beberapa lokasi berdasarkan keperluan bagi menambah kapasiti dan melancarkan trafik,”ujarnya dalam kenyataan.

LLM turut menyarankan pengguna agar memastikan baki kad Touch ‘n Go atau sumber bayaran lain mencukupi supaya tidak menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.

“Bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma, pengguna diingatkan supaya memastikan penggunaan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih perlu disentuh bersama-sama kad Touch ‘n Go di plaza tol manakala pengguna RFID perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID.

“Tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada kad dan e-Wallet Touch ‘n Go,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI