fbpx
Pelajar menaiki tangga selepas terjatuh ke dalam takungan air. - KhaoSod

30 pelajar cedera lantai bilik darjah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Berpuluh-puluh pelajar sebuah sekolah di wilayah Chonburi, Thailand cedera akibat terjatuh dari ketinggian lebih 3 meter selepas lantai bilik darjah mereka runtuh, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pelajar Sekolah Phanatpittayakarn itu sedang mengambil bahagian dalam kuiz bahasa Inggeris apabila lantai bangunan lama itu runtuh pagi kelmarin.

Kira-kira 30 kanak-kanak kemudiannya terjatuh ke dalam air kotor yang bertakung di bawah kelas tersebut.

Kebanyakan mangsa yang ditarik keluar oleh guru-guru mereka dilaporkan mengalami kesan calar dan lebam kecil, manakala dua pelajar yang mengadu sakit belakang dibawa ke hospital.

Pengarah sekolah, Prayoch Keeratipakorn berkata: “Lantai itu runtuh ketika pelajar bergegas ke hadapan kelas untuk menjawab soalan kuiz. Kebanyakan mereka hanya lebam tetapi sudah dibawa ke hospital.”

Beliau sebelum ini sudah mengarahkan pembaikan beberapa kemudahan di sekolah berusia 47 tahun itu ketika menjadi guru besar, namun bilik darjah itu belum dibaiki kerana papan lantai dalam keadaan baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN