fbpx

Rapid KL tambah 2 lorong bas mulai 15 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR -Rapid KL bakal melaksanakan dua projek percubaan lorong bas tambahan di Jalan Genting Kelang serta Jalan Ampang, di sini, bermula 15 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yazurin Sallij berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya untuk menambah baik perjalanan bas sekitar ibu negara.

“Rapid Bus komited dalam menyediakan perkhidmatan bas yang lebih lancar bagi penumpang-penumpang.

“Kami menjangka projek-projek percubaan ini akan dapat menjadi pemangkin bagi peralihan mod perjalanan, sekaligus membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal di sekitar Kuala Lumpur,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, projek percubaan lorong bas di Jalan Genting Kelang bermula 15 November 2023 hingga 14 Februari 2024 dan beroperasi dari pukul 6 hingga 9 pagi, pada Isnin hingga Jumaat, dengan frekuensi tiga hingga lima minit.

Lorong bas tersebut bermula dari Jalan Tumbuhan sehingga ke Bulatan Pahang dan akan melibatkan 47 buah bas dari lima (5) laluan, iaitu 250 (Stesen LRT Wangsa Maju – Lebuh Ampang), 200 (UIA Gombak – Monorail Chow Kit), 202 (Hab Wira Damai – Lebuh Ampang melalui Gombak), 251 (AU3 Jentayu – Chow Kit) dan 254 (Ayer Panas – Titiwangsa melalui Chow Kit).

Sementara itu, katanya, pada 15 November ini juga projek lorong bas Jalan Ampang beroperasi untuk waktu puncak petang, bermula pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam, dengan frekuensi setiap tiga hingga lima minit.

“Semenjak dilancarkan pada Julai lalu, pihak kami telah mencatatkan peningkatan penumpang bas sebanyak 15 peratus di koridor Ampang dari Jalan Rhu ke persimpangan Jalan Tun Razak bagi waktu puncak pagi.

“Dengan pelaksanaan lorong bas dari Jalan Tun Razak ke Jalan Rhu bagi waktu puncak petang ini dengan jangkaan penjimatan masa sehingga
20 minit, kami berharap manfaat kelancaran perkhidmatan dan penjimatan masa akan dapat terus menarik minat orang ramai untuk beralih menggunakan pengangkutan awam,” tambahnya.

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari lamanweb rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI