fbpx

Liga Super: Sri Pahang perlu lebih matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Sri Pahang telah dikejutkan The Cops pada aksi Liga Super di Kuantan, kelmarin. - Foto ihsan MFL

SIKAP baran pemain Sri Pahang jelas memakan diri apabila dimalukan PDRM FC 3-2 di depan penyokong sendiri di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Pengendalinya, Fandi Ahmad, berkata tindakan pemain lawan yang gemar melengahkan masa menjadi antara punca kepada fokus anak buahnya terganggu hingga kehilangan karakter untuk kembali bangkit.

“Kami rasa masih ada peluang tetapi yang peliknya, waktu bermain ‘dipendekkan’ kerana hampir 10 kali pengusung keluar masuk padang tetapi hanya enam minit ditambah. Kita ikut rentak mereka, tidak dapat fokus dan disipli mula hilang sebab perasaan marah.

“Main bola kena ada ketenangan kerana apabila marah kita tidak dapat fikir dengan baik. Perasaan marah lebih daripada kemampuan diri, kerja berpasukan pun sudah tidak ada dan semua nak buat serangan secara sendirian,” katanya.

Dalam masa sama, legenda Singapura itu akui yang The Cops adalah pasukan lebih baik dan bermotivasi tinggi selepas kejayaan layak ke final Piala Cabaran.

“Di babak pertama kita ada peluang tetapi tiada penyudah. Apabila buat satu kesilapan, ia seakan melarat, gagal mengembalikan keyakinan sebalik dan PDRM FC pula makin bersemangat.

“Kita kurang karakter dab di babak kedua, PDRM FC sudah penuhkan kawasan depan gol dan kita berterusan buat hantaran (ke depan). Sebab itu beberapa kali percubaan kita buat dapat dihalang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI