fbpx

Bajet Selangor : 50 bakal haji Selangor ditaja sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar selepas pembentangan belanjawan Selangor 2024, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kira-kira 50 bakal haji Selangor akan ditaja sepenuhnya bagi menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini merupakan peluasan insentif haji muassasah Selangor dengan pengenalpastian bakal haji itu berkemungkinan dalam satu atau dua individu bagi setiap daerah.

Katanya, kos tajaan bagi seorang itu melibatkan antara RM12,000 hingga RM13,000.

“Kriterianya akan digaris pendekkan, mungkin yang betul-betul masuk dalam B40, orang yang teringin menunaikan haji tetapi tak mampu, pemimpin masyarakat, imam atau guru-guru agama. Itu semua kita akan laksanakan.

“(Sasaran) kita tidak letakkan lagi namun mungkin angkanya tidak ramai antara 40 hingga 50 orang,” katanya pada sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2024, hari ini.

Amirudin menjelaskan, bagi jemaah haji yang lain pun akan diberikan wang tunai antara RM1,000 hingga RM1,500 berbanding RM500 sebelum ini dan akan dimasukkan terus dalam akaun tabung haji mereka.

“Secara keseluruhan, peruntukan bagi insentif ini telah meningkatkan dari RM1.5 juta kepada RM3 juta.

“Bantuan ini akan dijalankan kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI