fbpx

Saya percaya kepada institusi kehakiman untuk bersihkan nama – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (tengah) bersama ibu dan bapanya ketika hadir di Mahkamah Tinggi, hari ini. Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – “Keputusan di tangan Allah dan saya meletakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman untuk membersihkan nama saya.”

“Bertahun-tahun saya berlawan di mahkamah dan tidak tunduk kepada sebarang ugutan dan sogokan, saya yakin insya-Allah kebenaran akan menang.”

Itu kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejurus tiba Mahkamah Tinggi, di sini pukul 9.35 pagi sebentar tadi.

Hari ini adalah keputusan Syed Saddiq, 30, sama ada disabitkan atau dilepas atas empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Keputusan akan diumumkan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid yang mana hakim itu telah selesai mendengar keterangan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan semasa perbicaraan.

Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI