fbpx

Siasatan gaduh rider, sekuriti blazer merah sudah lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki blazer merah menekan badan rider berkenaan di lantai.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kertas siasatan berkait kes pergaduhan antara seorang penghantar makanan dan beberapa individu di sebuah premis perniagaan sekitar Persiaran Tun Razak, di sini, 2 November lalu, telah dilengkapkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kertas siasatan terbabit diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan diserahkan kepada TPR semalam. Bagi kes ini, seramai 23 individu dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (JPJN) di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 87 penerima pingat yang terdiri daripada 17 orang Pegawai Rendah Polis Kuala Lumpur yang masih berkhidmat dan 70 orang pesara Polis telah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara kali ini.

“Pingat ini dianugerahkan bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara semasa era Darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Insurgensi Komunis Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

“Seterusnya, di Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga bagi Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan semasa Darurat,” ujarnya.

Pada 4 November lalu, Kosmo! melaporkan seorang penghantar barang dibelasah selepas dipercayai bergaduh mulut dengan pengawal keselamatan yang tidak mengizinkannya masuk menghantar pesanan pelanggan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI