fbpx

Konflik Palestin-Israel: Penduduk jalan kaki dari utara ke selatan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membawa barangan mereka ketika berjalan kaki menuju ke selatan Gaza melalui jalan Salah al-Din, 5 November lalu. – AFP

BANDAR GAZA – Kira-kira 5,000 orang berpindah ke selatan Gaza ketika ‘laluan selamat’ dibuka selama empat jam kelmarin, demikian menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Saluran berita CNN melaporkan, Rejim Zionis mengarahkan penduduk utara Gaza berpindah ke selatan dengan membuka laluan selamat antara pukul 10 pagi hingga 2 petang (waktu tempatan).

“Memandangkan jalan menuju ke persimpangan-persimpangan utama telah rosak teruk, ia hanya boleh diakses dengan berjalan kaki.

“Seluruh keluarga termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya dilaporkan berjalan dalam jarak jauh dengan membawa barang peribadi mereka menggunakan tangan,” kata OCHA.

Tambah agensi itu, kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal. 

Daripada jumlah itu, sekitar 717,000 orang berlindung di kemudahan-kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA), 122,000 di hospital-hospital, gereja dan bangunan awam serta 110,000 di 89 buah sekolah bukan kendalian UNRWA.

Sebilangan yang lain tinggal bersama ahli keluarga. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI