fbpx

Dewa 19 band sulung dunia ‘pose’ di Masjid Al Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHANi mendakwa Dewa 19 satu-satu nya band rock di dunia yang bergambar penuh Masjid Al Aqsa.

LANTANG menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berjuang demi tanah air mereka, vokalis Dewa19, Ahmad Dhani tidak ketinggalan berkongsi gambar di depan The Dome of Rock yang menjadi mercu tanda Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis.

Tidak menyatakan tarikh kunjungannya bersama anggota Dewa19 lain, ramai meneka penyanyi dan komposer tersohor itu melawat masjid tersebut ketika mereka mengerjakan umrah beberapa bulan lalu.

“Mungkin satu-satunya band di dunia yang pose di Palestin,” tulis Ahmad Dhani dalam Instagramnya.

Suami kepada penyanyi Mulan Jameela itu turut berkongsi gambar mengambil wuduk sebelum mengerjakan solat di masjid berkenaan.

Turut kelihatan bersamanya ialah gitaris, Andra Junaidi dan dram, Agung Yudha.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja apabila artis kesayangan mereka berpeluang menunaikan solat di Masjid Al Aqsa seterusnya meminta Ahmad Dhani mencipta lagu khas buat Palestin.

“Bikin lagu khusus untuk Palestin ya Pakde,” tulis seorang netizen.

“Tolong ciptakan lagu untuk Palestin ya abang buat penyuntik semangat pejuang,” kata peminat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI