fbpx

49 juta pengguna telefon pintar, hanya 7 juta ada 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terdapat sebanyak 49 juta pengguna telefon pintar di Malaysia, namun hanya 7 juta daripadanya menggunakan peranti yang mempunyai akses kepada rangkaian 5G.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, jumlah pengguna sebanyak 49 juta itu bermaksud ada dalam kalangan rakyat Malaysia memiliki lebih satu telefon pintar.

“Setakat ini kita ada 49 juta pengguna (peranti), maksudnya ada orang yang ada lebih daripada satu nombor tapi peranti 5G setakat ini mengikut laporan 7 juta sahaja.

“Bagi kawasan seperti Parlimen ini sudah ada 5G, tetapi kalau ada Ahli Yang Berhormat tidak melanggan 5G atau menggunakan peranti yang tidak sesuai untuk 5G, memang tiada akses kepada 5G dan kelajuan (internet) yang dijanjikan untuk 5G

“Itu sebab KKD bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi (Telco) mempromosikan Pakej 5G Rahmah dimana pengguna boleh beli peranti 5G pada harga yang murah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Zahari Kechik (PN-Jeli) mengenai tawaran Telco kelajuan internet tanpa had, tetapi pengguna tidak menikmatinya di kawasan luar bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI