fbpx

Penang FC rehatkan ketua jurulatih susulan prestasi buruk pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yee Fatt (tengah) dan Manzoor (tiga dari kiri) direhatkan oleh Penang FC sehingga tamat saingan Liga Super musim ini ekoran prestasi buruk pasukan itu ketika ini.

GEORGE TOWN – Selepas mengharungi beberapa episod kegagalan susulan kekalahan demi kekalahan yang dihadapi Penang FC ketika ini, pengurusan pasukan akhirnya membuat keputusan merehatkan ketua jurulatih, Chong Yee Fatt dan penolongnya, Manzoor Azwira.

Jurucakap Penang FC memberitahu, kedua-dua individu penting yang diberi peranan mengemudi skuad Harimau Kumbang musim ini akan direhatkan sehingga selesai Liga Super musim 2023.

“Buat masa ini juga, semua pengendalian latihan dan penyusunan urusan perlawanan menentang Sri Pahang dan Terengganu di laman sendiri selain perlawanan terakhir menentang JDT (Johor Darul Ta’zim) akan dikendalikan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli selaku ‘caretaker’.

“Sehubungan itu diharapkan para peminat bola sepak di Pulau Pinang dapat turun beramai-ramai bagi memberikan semangat dan sokongan kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan para pemain kita yang akan menggalas tugas berat ini,” kata di sini hari ini.

Ketika ini, Penang FC menghuni tangga kesebelas dalam carta Liga Super selepas hanya mampu merekodkan lima kemenangan, lima keputusan seri serta 13 kekalahan daripada kesemua 23 perlawanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI