fbpx

Pekerja nasi kandar hanya berseluar dalam di dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video mamaparkan seorang pekerja sebuah restoran hanya memakai seluar dalam ketika berada di dapur.

PETALING JAYA – Seorang pekerja sebuah restoran nasi kandar ‘kantoi’ hanya memakai seluar dalam ketika berada di dapur premis tersebut.

Keadaan lelaki itu dirakam oleh salah seorang pelanggan yang secara kebetulan terlihat situasi tersebut.

Difahamkan premis itu adalah antara restoran nasi kandar popular di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Menerusi rakaman yang sudah tular di media sosial sejak pagi tadi, pekerja tersebut dilihat sedang duduk bertinggung sambil menghadap beberapa peralatan memasak di dapur.

Lelaki itu kemudiannya berpaling ke arah belakang dan segera menyedari aksinya sedang dirakam seseorang sebelum bergegas bangun dan membetulkan seluar dalamnya.

Menurut si perakam, dia mahu melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa memandangkan tahap kebersihan premis tersebut diragui.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengecam tindakan pekerja terbabit selain meminta pihak berkuasa memeriksa premis tersebut serta mengambil tindakan kepada pemilik restoran kerana tidak mempedulikan keadaan pekerja di kedai.

“Mana pihak berkuasa, pergi tinjau restoran itu. Kalau di dapur pun hanya pakai seluar dalam, sudah pasti kebersihan makanan juga diragui. Tindakan tegas juga kepada pemilik kedai, patutnya tanggungjawab mereka semak dan pantau apa pekerja buat, pakai,” tegas Abudin.

“Menggelikan, dia masak di dapur pakai seluar dalam sahaja kah? Ke dia basuh pinggan manggkuk macam itu? Seram ini. Aku pernah makan nasi kandar kat situ. Allah, mahu nak muntah balik rasa tengok video ini,” luah Zizi.

“Panas sangat mungkin buat kerja di dapur, dia buka kejap untuk hilang panas,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI