fbpx

Nourul Depp tawar diri jadi jurulatih, pakar motivasi PLKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Nourul Wahab menyokong inisiatif kerajaan mewujudkan semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menawarkan diri untuk menjadi jurulatih serta pakar motivasi.

PETALING JAYA – Menyambut baik inisiatif kerajaan mewujudkan semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), penyanyi yang juga pakar motivasi, Nourul Depp, 46, terbuka untuk menjadi jurulatih program berkenaan sekiranya diberi peluang.

Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab berkata, andai khidmatnya diperlukan kerajaan, dia mengibaratkan peluang itu seperti kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

“’Why not?’ (mengapa tidak?). Itu boleh jadi sebahagian daripada tujuan saya juga. Tiada masalah.

“Bagi saya, apa jua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada motivasi. Untuk tujuan kebaikan, apa salahnya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika sesi bersama media secara virtual, semalam.

Positif dengan pelaksanaan semula PLKN, pelantun lagu Kerana Terluka itu berkata, untuk memantapkan rohani, mental dan fizikal generasi muda sekarang memerlukan suntikan motivasi yang kuat daripada pihak berkredibiliti.

“Untuk menjadi pelindung negara dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, bagi saya benda ini (PLKN) langkah yang bagus.

“Saya percaya dengan PLKN, ilmu tentang pertahanan diri, juga menjadi pelindung negara dan semua itu, akan diraih daripada program itu.

“Generasi baharu sekarang memang selalu habiskan dalam media sosial. Sosial media ini ‘release’ kita punya dopamine.

“Hormon tersebut buat kita gembira. Bagus adanya PLKN sebab akan buka satu lagi ‘jambatan’ dalam otak bahawa banyak benda yang kita boleh buat secara fizikal dan di luar gelanggang media sosial,” ujar isteri kepada Eric Daniel Depp itu.

Berita gembira bagi golongan milenial (Gen Y) apabila Kementerian Pertahanan (Mindef) mengumumkan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hanya melibatkan remaja yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

Baru-baru ini tular dalam media sosial apabila ada pihak mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN bagi fasa baharu adalah individu berumur antara 16 hingga 35 tahun.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, Kementerian Pertahanan (Mindef) mengumumkan pelaksanaan semula PLKN hanya melibatkan remaja yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

Sementara itu, selaras dengan kerjaya sebagai pakar motivasi, anak jati kelahiran George Town, Pulau Pinang itu bakal menganjurkan seminar pembangunan diri ‘Firetalk’ dan showcase selamat tiga jam pada 25 November depan di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Tiket untuk menyertai program tersebut boleh hubungi talian 017-9353909 (Ina Mohd). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI