fbpx

Karan Johar anggap bapa macam Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARAN JOHAR bersama bapanya.

PENGACARA, pengarah dan penerbit sensasi Karan Johar yang kini merupakan juri program India Got Talent musim ke-10, mengenang perjalanannya selama 25 tahun dalam dunia hiburan.

Figura popular yang berusia 51 tahun itu tidak lupa memberikan penghormatan kepada mendiang ayahnya, Yash Johar.

Dalam ucapannya, Karan mengakui lelaki hebat itu sebagai insan yang menjadikannya individu pada hari ini sekali gus dianggap sebagai Tuhan.

“Saya tidak tahu bagaimana saya menghabiskan waktu selama 25 tahun ini yang diberikan sokongan padu ayah tercinta.

“Namun, kejayaan ini tidak mungkin saya raih tanpa Tuhan saya iaitu ayah saya,” katanya mengenai Yash yang juga sutradara filem legenda, Kabhi Khushi Kabhie Gham itu.

Ucapan Karan meraih perhatian ramai yang memahami kesedihan dirinya selepas kehilangan insan tersayangannya itu pada 26 Jun 2004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI