fbpx

Dewan Rakyat: Program ubat PrEP diperluas ke 30 klinik kesihatan menjelang 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

KUALA LUMPUR – Program ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) bagi rawatan pencegahan HIV akan diperluas sehingga ke 30 buah Klinik Kesihatan pada tahun 2024.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, program PrEP ini telah dilaksanakan di 18 klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan berkembang sehingga ke 21 klinik pada tahun ini.

“Contohnya terdapat pesakit di Kelantan, mereka nak dirawat tapi tiada fasiliti jadi mereka terpaksa datang ke Kuala Lumpur untuk rawatan.

“Jadi ada permintaan dan kita akan perluaskan lagi perkhidmatan ini ke 30 klinik kesihatan pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai status program perintis PrEP dan bila ia akan diperluas ke pusat kesihatan lain.

Menurut Zaliha, setiap klien yang mengambil PrEP perlu menghadiri kaunseling pengurangan risiko pada setiap temujanji iaitu pada temujanji bulan pertama, bulan ketiga, bulan keenam dan bulan ke-12.

“Sehingga 30 September 2023, seramai 2,714 individu telah menerima PrEP.

“Berdasarkan analisis awal, sehingga bulan keenam penggunaan PrEP, terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit syphilis iaitu daripada 11 peratus kepada kurang daripada 1 peratus.

“Peratus klien yang tidak menggunakan kondom pula menurun daripada 6.3 peratus kepada 3.9 peratus.

“Peratus klien yang mempunyai ‘multiple sexual partner’ juga menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus,” ujarnya.

Selain itu Zaliha berkata, terdapat 14 klien telah berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko.

“Terdapat tiga kes positif HIV (0.11 peratus) kerana pengguna tidak patuh kepada pengambilan PrEP.

“Kadar ini jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain yang melaksanakan PrEP lebih awal.

“Hasil dapatan awal kajian ini menunjukkan, klien yang mengambil PrEP mematuhi dan mengamalkan nasihat pencegahan jangkitan HIV melalui penggunaan kondom secara konsisten dan perubahan tingkah laku yang lebih baik, walaupun sedang menggunakan PrEP

“Pengumpulan data kajian dijangka selesai pada 31 Disember 2023 dan ia akan dianalisis pada awal 2024 bagi melihat impak kesihatan secara langsung dan tidak langsung susulan pemberian PrEP,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI