fbpx

Struktur cukai jalan kenderaan EV diumum sebelum akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siew Fook melawat ruang pameran selepas merasmikan Simposium Rel Antarabangsa bertemakan ‘Sustainable Railway: Connecting Nations, Preserving Futures’ di Movenpick, Sepang hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

SEPANG – Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif sebelum akhir tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, struktur cukai jalan itu hanya akan berkuat kuasa selepas tahun 2025 apabila berakhirnya tempoh insentif pengecualian kenderaan EV seperti diumumkan tahun lalu.

“Kita sudah bentangkan kepada Pasukan Petugas Khas EV untuk pastikan supaya struktur cukai jalan bagi kenderaan itu lebih kompetitif dan tidak membebankan pengguna.

“Ia dalam usaha untuk menggalakkan penerimaan orang ramai terhadap pembelian kenderaatn itu.

“Sebelum akhir tahun ini kita akan umumkan, (namun) ia hanya akan terpakai selepas tempoh pengecualian cukai jalan untuk kenderaan EV itu tamat pada tahun 2025,” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Rel Antarabangsa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai keresahan pengguna kenderaan EV yang khuatir sekiranya mereka bakal dikenakan cukai jalan yang tinggi.

“Mereka (pengguna) bimbang selepas tempoh pengecualian cukai itu tamat, mereka (akan) dikenakan satu cukai jalan yang tinggi.

“Seperti yang saya telah jawab beberapa bulan lalu, kita akan kaji semula dan telah pun bentangkan kepada EV ‘taskforce’ (mengenai) cukai jalan yang lebih murah daripada sebelum ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI