fbpx

Kejam! Mayat bayi dibuang di tandas surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat bayi perempuan yang ditemui di dalam tandas sebuah surau di Besut hari ini.

BESUT – Bau busuk dari sebuah tandas surau di Kampung Pengkalan Nyireh di sini rupa-rupanya berpunca daripada mayat bayi perempuan disyaki telah mati lebih 48 jam.

Mayat bayi yang dibuang di dalam tandas itu dijumpai dua wanita yang merupakan penduduk kampung berkenaan pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, salah seorang saksi yang merupakan wanita berusia 47 tahun mendakwa dia dan rakannya memberanikan diri memasuki tandas terbabit setelah dimaklumkan tentang bau busuk mencurigakan tersebut.

“Mereka memasuki tandas di bahagian tengah sebelum menjumpai baldi berwarna merah dalam keadaan telungkup. Alangkah terperanjat apabila terdapat satu mayat bayi apabila baldi itu diangkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, kedua-dua wanita tersebut kemudiannya memaklumkan penemuan mayat bayi itu kepada ahli jawatan kuasa (AJK) surau tersebut.

Tambah beliau, pemeriksaan anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mayat bayi perempuan itu cukup sifat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

“Tiada uri ditemui dan tali pusatnya juga telah dipotong. Kita percaya bayi itu telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI