fbpx

Gegar Vaganza: Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezad.

SHAH ALAM – Selepas bertarung selama tujuh minggu, perjalanan peserta All Star Gegar Vaganza (GV10) iaitu Ezad Lazim akhirnya terkandas selepas diumumkan tersingkir sebentar tadi.

Menerusi konsert yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Ezad yang menyertai GV10 menerusi kategori ‘hotseat’ disingkirkan selepas mendendangkan lagu Seksa nyanyian asal Ukays.

“Terima kasih kerana selalu menyokong saya dan jangan lupa saksikan Konsert Exists pada bulan Disember nanti,” katanya yang turut memaklumkan rumahnya dinaiki air.

Sementara itu, penyanyi Hady Mirza muncul sebagai peserta yang menduduki tempat teratas selepas meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap.

Tempat kedua pada konsert minggu ini menjadi milik Jaclyn Victor manakala Liza Hanim pula berada di tempat ketiga.

Penyingkiran Ezad sekali gus menyaksikan Naqiu, Nikki Palikat, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina, Jaclyn Victor dan Noryn Aziz berjaya melangkah ke minggu kelapan.

Tidak ketinggalan, Siti Nordiana, Aliff Aziz dan Tomok turut berjaya ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi dan Zamani merupakan peserta terawal yang sudah meninggalkan GV10.

Rancangan popular berkenaan menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV10 memperlihatkan persaingan 10 bintang yang terdiri daripada juara-juara GV dari musim pertama hingga kesembilan.

Tambahan enam lagi bintang dipilih berdasarkan undian peminat menjadikan jumlah keseluruhan peserta GV10 adalah seramai 16 peserta.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI