fbpx

Bercerai, berambut pendek, Fyna Jebat lebih senang bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Fyna Jebat kembali dengan imej berambut pendek untuk tampak lebih segar.

PETALING JAYA – Penyanyi Fyna Jebat menepis dakwaan tampil dengan imej rambut pendek sebagai tanda kesedihan selepas melalui kegagalan perkahwinan dengan bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Katanya, dia cuma mahu kembali kepada gaya lebih segar seperti 12 tahun lalu ketika berada dalam program realiti Akademi Fantasia musim sembilan (AF9).

“Sebenarnya, saya sudah berambut pendek sejak dulu lagi terutama ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan menerusi pertandingan AF9.

“Jadi itu memang imej saya lama, cuma sekarang saya nak tampil semula dengan gaya sebegitu. Lebih ‘fresh’.

“Memang pun tiada kaitan dengan sesiapa,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu keempat Famili Duo musim tiga (FD3) di Studio Glenmarie, malam tadi.

Mengulas mengenai fasa selepas perceraian, Fyna mengakui sekarang adalah masa paling tepat untuk memberikan fokus terhadap kerjaya seninya.

Pemilik nama sebenar Nur Shafinaz Jebat itu meluahkan rasa syukur apabila keluarga serta rakan terdekat sentiasa memberikan sokongan yang membolehkannya kekal bersemangat.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Tiada apa yang saya nak kongsikan sebab saya lebih bagi tumpuan kepada karier nyanyian.

“Bila dah kembali solo lagi senang saya nak bergerak. Keluarga dan kawan-kawan pun bagi sokongan.

“Dorongan positif sebegitu sangat penting untuk saya kembali memacu kerjaya termasuk mencuba bidang lakonan kalau dapat peluang,” katanya.

Ditanya mengenai bekas suami, Fyna, 30, enggan mengenang kisah lalu, sebaliknya ingin berjalan ke depan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Syukur, saya gembira dengan kehidupan sekarang selain meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Jika orang kaitkan saya dengan berita lama, saya tak boleh cakap apa-apa, sebab saya tak mahu besar-besarkan cerita lampau.

“Apa yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan dia,” ulasnya.

Fyna bergelar isteri kedua Zainal, 62, pada awal tahun ini, namun sekitar Ogos lalu pernikahannya dengan personaliti sukan popular disahkan terlerai, dipercayai tiga bulan sebelum itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI