fbpx

Arsenal dakwa mangsa kekejaman VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GORDON (tengah) menendang masuk bola ke gawang yang didakwa gol kontroversi ketika Newcastle menewaskan Arsenal 1-0 pada aksi EPL di St James’ Park kelmarin. – AFP

NEWCASTLE – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyelar Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai satu liga yang hina dan memalukan selepas barisan pengadil termasuk Video Bantuan Pengadil (VAR) membenarkan gol kontroversi Anthony Gordon.

Arteta tidak dapat menahan sabar selepas menyaksikan sendiri tiga kesalahan yang dilakukan Newcastle United dalam satu gerakan sebelum Gordon meledak gol ketika mereka tewas 0-1 di St. James Parks awal pagi semalam.

Menurutnya, gol itu sepatutnya dibatalkan kerana bola sudah pun keluar daripada kawasan padang dan bek tengah­nya, Gabriel Magalhaes ditolak oleh Joelinton selain Gordon juga berada dalam keadaan ofsaid ketika itu.

Selepas mengambil masa yang begitu lama meneliti tiga kesalahan itu, VAR akhirnya memutuskan untuk mengiktiraf gol tersebut, sekali gus ‘menghadiahkan’ kekalahan pertama The Gunners dalam kempen EPL musim ini.

“Bagaimana jaringan ini boleh disahkan dalam EPL yang dikatakan liga terbaik di dunia? Ia amat memalukan dengan apa yang te­lah berlaku.

“Saya sudah 20 tahun di negara ini dan sekarang saya berasa malu. Ia memalukan. Ia tidak cukup baik. Saya berasa malu untuk menjadi sebahagian daripada ini.

“Kami tak layak tewas dan anda sendiri boleh melihat sebabnya. Anda tidak boleh membayangkan betapa banyak mesej yang saya terima mengatakan gol ini tidak patut diteruskan,” kata Arteta.

Kekalahan itu menyebabkan The Gunners kini berada di tangga ketiga, ketinggalan tiga mata di Manchester City yang berada di tangga teratas buat seketika sebelum Tottenham Hotspur turun menentang Chelsea awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI