fbpx

[VIDEO] Pusat beli-belah Subang Parade dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi di pusat beli-belah Subang Parade yang dimasuki air susulan banjir kilat.

SUBANG JAYA – Sebuah pusat beli-belah di daerah ini antara yang terkesan dengan banjir kilat susulan hujan lebat berterusan, petang tadi.

Bukan sahaja di kawasan dalam pusat membeli belah, malah kawasan tempat letak kereta juga turut dilihat dimasuki air.

Situasi tersebut dikongsikan beberapa pengguna media sosial di aplikasi X berhubung kejadian itu kira-kira bermula pukul 5.30 petang tadi.

Seorang pemilik akaun X menggunakan nama @ecoliere menerusi ciapannya memuat naik beberapa video pendek situasi semasa di lokasi pusat beli-belah itu.

“Masuk Subang Parade nak elak banjir kawasan Subang ni. Sekali dekat tempat letak kereta dengan dalam pusat beli-belah pun air masuk,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna @cinnomorolls menerusi ciapannya juga memberitahu pihak pengurusan pusat beli-belah itu memasang siren sebagai amaran banjir kepada pengunjung berhubung kejadian berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor belum menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat di kawasan terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI