fbpx

Malaysia hargai komitmen Jepun bantah pendudukan haram Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) meraikan Fumio Kashida pada lawatan beliau ke Malaysia di Seri Perdana di Putrajaya tadi. FOTO PMO

PUTRAJAYA – Malaysia melahirkan penghargaan terhadap komitmen Jepun yang menentang pendudukan haram Israel ke atas bumi Palestin yang tercetus sejak 75 tahun lalu.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar khas bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kashida menerusi lawatan pemimpin itu ke Malaysia di Seri Perdana di sini tadi.

Anwar berkata, beliau dan rakan sejawatnya, Fumio Kishida mengadakan perbincangan bersama berhubung konflik Palestin-Israel dengan merujuk kepada serangan ke atas Gaza masih berterusan ketika ini.

Anwar berkata, Jepun turut menyuarakan sokongan supaya wujud keamanan di rantau dan bantuan kemanusiaan tanpa syarat disalurkan segera ke wilayah Gaza yang kini berlaku krisis kemanusiaan terburuk dengan lebih 9,000 orang terkorban akibat pengeboman Israel.

“Kami berbincang berhubung konflik Palestin-Israel, walaupun wujud penekanan berbeza, tetapi saya menghargai komitment Kishida, pertamanya, menentang tindakan pendudukan haram Israel di Palestin.

“Keduanya ialah mengenai sokongan supaya wujud keamanan di rantau dan bantuan kemanusiaan sepenuhnya dihantar kerana pengeboman di Gaza telah memberi impak kerosakan lebih teruk berbanding ketika pengeboman bom atom di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri Jepun turut menyuarakan hasrat agar semua pihak bertindak dengan berpaksikan lunas undang-undang antarabangsa bagi menjernihkan konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel termasuk meredakan situasi kemanusiaan di Gaza.

Menurut beliau, perbincangan dua hala bersama Anwar turut membincangkan mengenai situasi semasa melibatkan Palestin dan Israel di mana perhatian terhadap konflik terus ditingkatkan.

“Pertama sekali kami membincangkan mengenai isu Palestin dan Israel yang mana perhatian terhadapnya sedang ditingkatkan.

“Saya menjelaskan mengenai pendreda irian Jepun dan menyampaikan agar keperluan semua pihak bertindak mengikut undang-undang antarabangsa, seterusnya mengelak ia merebak ke negara jiran dan meredakan ketegangan dengan segera termasuk situasi kemanusiaan di Gaza,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI