fbpx

Gegar Vaganza: Ezad kucar-kacir – Datuk Ramli MS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezad.

SHAH ALAM – Juri tetap All Star Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS dilihat tidak gemar dengan persembahan penyanyi Ezad Lazim.

Hal tersebut kerana Ezad tidak mampu membawakan lagu Seksa dendangan asal kumpulan Ukays dengan jayanya walaupun karya yang mudah disampaikan.

“Lagu ini melodinya merdu tetapi dimana melodinya?

“Awak menyanyi banyak kucar-kacir sehingga hilang merdunya walaupun lagu ini sangat mudah.

“Sebutan pun kurang jelas mungkin kerana banyak sangat kemam,” katanya selepas persembahan ahli kumpulan Exists itu.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim itu hanya berdiam diri menandakan bersetuju dengan komen Tokram.

Meninjau dalam aplikasi X, rata-rata netizen turut bersetuju dengan komen yang dilontarkan oleh Tokram.

“Betul! Ezad tiada benda yang istimewa. Banyak sangat kemam seperti kata Tokram,” kata netizen

“Kenapa persembahan Ezad minggu ini tidak bermaya?,” soal peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI